Dua maut, Proton Saga langgar jengkaut

108
Dua maut selepas sebuah Proton Saga hilang kawalan lalu melanggar jengkaut yang sedang membuat kerja-kerja pembaikan jalan berhampiran lampu isyarat di depan SK Kampung Gelam, Port Dickson, Negeri Sembilan, awal pagi tadi.
 
Komander Operasi, PBK II Mohd Khalid Dolah berkata empat mangsa terlibat mengalami kecederaan parah.
 
“Kesemua mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam dan terus dihantar ke hospital berdekatan.
 
“Manakala dua langi mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan oleh bomba menggunakan peralatan menyelamat. Namun, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya.
 
Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson bergegas ke lokasi kejadian bersama jentera FRT dengan kekuatan anggota seramai tujuh orang sebaik menerima panggilan pada jam 1.36 pagi dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 2.25 pagi. 
 
 


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here