“Tesla diharap teruskan pelaburan di Selangor,” MB Selangor

84

Kerajaan Selangor mengalu-alukan Tesla Inc meneruskan rancangan pelaburan di negeri itu pada masa depan khususnya berkaitan penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta  pembukaan pusat servis kenderaan elektrik (EV).

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata pelawaan itu seiring dengan hasrat pemilik Tesla, Elon Musk yang dilaporkan mahu meluaskan pasaran syarikat tersebut di rantau Asia.



Beliau berkata setakat ini syarikat gergasi industri EV itu sudah menjalankan beberapa cabang operasi di Selangor iaitu pembukaan ibu pejabat di Cyberjaya selain membuka pusat pengecasan.

“Ibu pejabat dan pusat-pusat pengecasan sudah ada. Pusat servis mungkin mereka akan buka selepas ini sebab mereka hendak luaskan pasaran di Asia,” katanya.

Sehingga kini, Tesla membangunkan empat pusat pengalaman di Malaysia dan syarikat automotif multinasional itu juga telah melepasi sasaran untuk memasang 50 unit pengecas apabila menyediakan 52 unit pengecas pantas dengan kapastiti melebihi 180kW di pelbagai tempat di Lembah Klang, Johor, Melaka, Pulau Pinang dan Pahang. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here