Aco Tech bakal tawar perintah suara Bahasa Melayu, Mandarin dan Kantonis pada masa depan

166

Anak syarikat Proton, Aco Tech yang dimiliki bersama oleh Altel dan Ecarx bakal menawarkan penyelesaian baharu bagi sistem operasi hiburan ATLAS pada masa akan datang.

Sempena sambutan ulang tahun syarikat yang kelima tahun, Aco Tech menyatakan pembangunan ciri baharu berkenaan sebagai respons kepada trend permintaan pengguna.



Ketua Pegawai Eksekutifnya, Li Pu berkata pemandu Malaysia menghabiskan masa secara purata dua jam dalam kenderaan. 

“Sejak penubuhannya (2019), ACO Tech membina rangkaian lebih daripada 300,000 kereta terhubung di Malaysia dan mencatatkan keuntungan dalam tempoh 18 bulan. 

“Jumlah penggunaan data sejak 2019 pula 2,600,000 GB dengan lebih daripada 750,000 penggunaan perintah suara direkodkan,” katanya.

Penggunaan perintah suara paling tinggi adalah sistem navigasi diikuti telefon, tetapan kenderaan, muzik dan tingkap kenderaan.

“Secara purata pemandu menghabiskan 30 minit sehari bagi penggunaan navigasi. Lokasi yang mendapat permintaan tertinggi dalam kalangan pengguna adalah stesen minyak, KLCC, KLIA, Ipoh dan pusat membeli belah,” kongsi beliau. 

ATLAS RE:IMAGINE 

Justeru itu, Li Pu berkata pihaknya menggabungkan bakat tempatan dan antarabangsa untuk membangunkan teknologi baharu yang memenuhi permintaan pengguna semasa dan akan datang menerusi ATLAS Re:Imagine.

Pada masa akan datang, pengguna Proton bakal mendapatkan ciri peralatan termaju bagi unit infotainmen mereka iaitu :

  • Keupayaan perintah suara multi bahasa bagi pengguna Malaysia iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Cina (Mandarin dan Kantonis) di samping Bahasa English sedia ada.
  • Penambahbaikan paparan skrin antara muka 
  • Sistem navigasi dipertingkatkan yang mana saiz paparan skrin peta lebih besar, tambah baik jangkaan masa ketibaan dan kiraan kos tol.
  • Infotainmen generasi akan datang bakal memperkasakan kebebasan multimedia dalam kereta menerusi penggunaan Youtube dan TikTok 
  • Aco Tech juga sedang membangunkan sistem tindak balas kecemasan e-Call dan sistem komunikasi V2V dengan cloud untuk membantu pengguna yang mengalami gangguan lalu lintas atau kemalangan.

Seiring dengan pengenalan kereta elektrik (EV) Proton, Eco Tech juga sedang membangunkan ciri satu sentuhan melalui aplikasi binaan dalam yang membolehkan pengguna mencari stesen pengecasan terdekat dengan mudah, membuat pembayaran, dan merancang perjalanan.

Pada majlis berkenaan Aco Tech turut melancarkan logo baharu, menandakan visi syarikat untuk fasa seterusnya dalam inovasi mobiliti pintar.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here