Pemandu treler maut dalam kemalangan lima kenderaan

203
Pemandu treler maut selepas terlibat dalam kemalangan lima kenderaan di KM301.1, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Arah Utara, Gopeng, Perak, awal pagi tadi.
 
Kemalangan tiga buah treler, sebuah lori satu tan dan sebuah Toyota Vellfire itu melibatkan tujuh orang mangsa.
 

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.37 pagi.

“Pemandu treler, lelaki berusia lingkungan 30-an tersepit di tempat duduk pemandu akibat melanggar bahagian belakang sebuah lori treler lain.
 
“Bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas, namun mangsa disahkan meninggal oleh pegawai perubatan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya. 
 
Manakala tiga mangsa lain yang menaiki Toyota Vellfire mengalami kecederaan ringan akibat dilanggar dari belakang oleh lori satu tan yang membawa muatan telur.
 

“Mangsa yang cedera kemudiannya diserahkan kepada pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk rawatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, tiga lagi mangsa lain selamat dan operasi ditamatkan jam 5.14 pagi.



 
 
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here