Proton X70 facelift rasmi lancar, empat pilihan varian pada harga mula RM98k

192

Proton rasmi memperkenalkan X70 (2025) ke pasaran tempatan menerusi empat pilihan varian dan tiada peningkatan harga :

  • 1.5 TGDI Standard : RM98,800 
  • 1.5 TGDI Executive : RM110,800 
  • 1.5 TGDI Premium : RM123,800
  • 1.5 TGDI Premium X : RM126,800

Proton X70 varian Executive AWD sebelumnya digugurkan daripada senarai manakala pilihan enjin 1.8 TGDi turbo (184hp/300Nm) pada Premium X tidak lagi ditawarkan. 



Kesemua varian X70 facelift menggunakan enjin 1.5 liter turbo TGDi 3-silinder yang menghasilkan kuasa 177PS @ 5,500rpm dan tork 255Nm @ 1,500-4,400rpm bersama transmisi dua klac 7-kelajuan serta pacuan dua roda (2WD). 

Di atas kertas penggunaan minyak X70 facelift juga lebih jimat 4 peratus berbanding sebelumnya menjadi 7.3 liter bagi setiap 100km. 

SUV tersebut kini ditawarkan dengan warna baharu Marine Blue di samping pilihan warna Snow White, Armoured Silver, Jet Grey dan Ruby Red.

PERUBAHAN SIGNIFIKAN LUARAN DAN KABIN

Versi facelift itu menerima pembaharuan pada bahagian luaran merangkumi rekaan gril Infinite Weave dan elemen busur ethereal, lampu utama LED lebih tirus, rekaan semula bampar dan rim aloi 19-inci baharu.

Bampar belakang kini menerima reflektor melintang dan outlet ekzos palsu. Bagaimanapun, lampu belakang masih mengekalkan rekaan model sebelumnya. 

Masuk ke kabin, X70 menerima rekaan stereng tiga jejari terkini seperti mana X50 dan S70 bersama panel hiasan papan pemuka baharu. Ia menggabungkan kemasan hitam berkilat dengan pencahayaan ambien pelbagai warna (bertukar mengikut muzik).

Proton X70 kini menerima skrin sentuh hiburan terapung bersaiz 12.3-inci dengan sistem operasi hiburan Atlas 2.0 bersama ketersambungan Android Auto dan Apple Carplay tanpa wayar di samping tempat duduk kulit Nappa berwarna  kelabu. 

CIRI KESELAMATAN

Demi ketenangan minda pemilik, kesemua varian didatangkan standard dengan enam beg udara, Sistem Brek Anti Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA) Auto Brake Hold, Kawalan Kestabilan Elektrik (ESC), Sistem Kawalan Traksi (TCS) dan Hill Hold Assits (HHA) dan Hill Descent Control (HDC). 

Hanya varian Premium dan Premium X didatangkan dengan sistem ADAS tahap 2 yang dipertingkatkan merangkumi :

  • Autonomous Emergancy Braking (AEB)
  • Forward Collision Warning (FCW)
  • Adaptive Cruise Control (ACC) dengan fungsi henti & mula
  • Intelligent Cruise Control (ICC)
  • Lane Departure Warning (LDW) – baru
  • Lane Departure Prevention (LDP) – baru
  • Lane Centering Control (LCC) -baru
  • Lane Change Assist (LCA)
  • Rear Cross Traffic Alert (RCTA) – baru
  • Door Opening Warning (DOW) – baru
  • Rear Collision Warning (RCW) – baru
  • Traffic Sign Information (TSI)
  • Intelligent High Beam Control (IHBC)

Ciri penting lain adalah unit aplikasi PROTON Link yang menerima fungsi tambahan untuk menghidupkan enjin dan menyejukkan kenderaan jarak jauh.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here