BYD Seal (2025) dikemaskini, senibina elektrik 800V, jarak pandu cecah 650km

184

Syarikat EV BYD mengemaskini spesifikasi sedan elektrik BYD Seal untuk model tahun 2025.

Penampilan luaran secara asasnya tidak banyak berubah bagi mengaburi perubahan besar yang dibawakan terutama pada bahagian unit rangkaian kuasa.

Seperti contoh, sistem senibina elektrik 400 voltan digantikan dengan sistem 800 voltan yang mampu meningkatkan kadar pengecasan puncak serta memendekkan tempoh masa pengecasan.



Menurut BYD, pengecasan bateri 10 hingga 80 peratus hanya memakan masa 25 minit berbanding 37 minit pada model sedia ada.

BYD Seal (2025) masih lagi mengekalkan motor elektrik pacuan roda belakang dengan pilihan output 228hp atau 308hp, sementara versi pacuan semua roda (AWD) pula berupaya menjana 523 hp.

Dua pilihan kapasiti pek bateri tersedia, iaitu 61.44 kWh dengan jarak gerak 510km serta 80.64kWh dengan jarak pemanduan mencecah 650km.

Selain itu, sistem gantungan sedan ini telah dilengkapi dengan peredam Disus-C adaptif yang mampu menambah baik aspek kestabilan, keselesaan dan pengendalian.

Struktur bonjolan pada atas cermin depan itu sebenarnya merupakan perumah kepada sistem LiDAR yang mampu menambah baik sistem pemanduan autonomi.

BYD Seal bakal mendapat fungsi kawalan pemanduan autopilot kelajuan tinggi dan pemanduan urban, serta fungsi parkir valet automatik.

Untuk ruang kabin, Seal dipadankan dengan roda stereng jenis bawah rata baharu, rekaan semula konsol serta kehadiran panel hitam berkilat pada ruang tersebut.

GALERI

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here