Jet pejuang Rafale Perancis bertembung, dua juruterbang maut

211

Dua jet pejuang Rafale bertembung antara satu sama lain di udara ketika pulang ke pangkalan tentera selepas misi bekalan ke Jerman sekitar tengah hari, menurut Tentera Udara dan Angkasa Perancis.

Dua juruterbang dalam salah satu pesawat itu terbunuh. Mereka dikenalpasti sebagai Kapten Sebastien Mabire, seorang pengajar penerbangan dan pelatih, Leftenan Matthis Laurens. 



Manakala juruterbang sebuah lagi pesawat sempat keluar mengguna kerusi anjal dan ditemui berhampiran serpihan pesawat di Colombey-les-Belles, di timur laut Perancis. Beliau hanya mengalami kecederaan ringan. 

Kemalangan melibatkan jet pejuang Rafale yang dijual Perancis kepada tentera seluruh dunia jarang berlaku.

Pada Disember 2007, sebuah Rafale terhempas berhampiran Neuvic di barat daya Perancis selepas juruterbang menjadi keliru, menurut penyiasat.

Seorang lagi juruterbang meninggal dunia pada September 2009 apabila dua jet Rafale jatuh ketika mereka kembali ke kapal pengangkut pesawat Charles de Gaulle di Perpignan selepas penerbangan ujian.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here