Lotus Cars Malaysia perkenal Emeya Hyper-GT, harga mula RM555k

177

Lotus Cars Malaysia (LCM) memperkenalkan Emeya Hyper-GT sempena pembukaan ruang pameran perdana di jenama itu di Glenmarie. 

Lotus Emeya didatangkan dengan tiga pilihan varian iaitu :



  • Emeya : RM555,000
  • Emeya S : RM643,000
  • Emeya R : RM777,000

Model berkenaan didatangkan dengan jaminan pengeluar selama lima tahun/150,000km, dan jaminan bateri selama lapan tahun atau 200,000km. 

Berikut fakta ringkas tentang kereta elektrik (EV) empat pintu yang pertama dibangunkan oleh Lotus :

  • Model itu dipacu dua motor berprestasi tinggi bersama bateri 102kWh dan sistem transmisi kelajuan tunggal dan dua kelajuan bagi Emeya R.
  • Varian Emeya dan Emeya S menghasilkan output 603hp dan tork 710Nm manakala versi R pula menghasilkan kuasa lebih tinggi iaitu 905hp dan tork 985Nm.
  • Pecutan 0-100kmj mampu dicapai dalam tempoh 4.2 saat (Emiya & Emiya S) dengan kelajuan maksimum 250kmj manakala Emeya R mengambil masa hanya 2.8 saat dengan kelajuan maksimum 256kmj.
  • Pengecasan bateri penuh membolehkan jarak pemanduan sejauh 610km (Emiya) diikuti 540km (versi S) dan 435km (versi R). 
  • Ia dilengkapi dengan pacuan empat roda bersama sistem Lotus ICC intelligent torque distribution.
  • Sistem suspensi udara elektronik pada Emeya membolehkan kenderaan tersebut ‘merasa’ keadaan jalan pada kadar 1,000 kali sesaat dan membuat penalaan bagi pemanduan yang lebih yakin, terkawal, bertenaga dan selesa. 
  • Pusat graviti rendah yang menawarkan ‘hyperstance’ memberikan kestabilan yang lebih mantap buat Emeya.
  • Padanan gril depan aktif bagi mengurangkan rintangan angin, menaikkan kecekapan kenderaan (apabila ditutup) dan menyejukkan bateri serta sistem brek (bila dibuka).
  • Dam angin aktif digabungkan dengan diffuser belakang aktif yang diilhamkan reka bentuk perlumbaan.
  • Spoiler belakang aktif berbentuk dua lapisan memberi kelebihan downforce berjumlah 215kg untuk kestabilan kelajuan tinggi.
  • Emeya menggunakan sistem audio rekaan KEF iaitu pembesar suara Uni-Q dan subwoofer Uni-Core serta  sistem bunyi keliling 3D Dolby Atmos untuk kepuasan bunyi berkualiti tinggi.
  • Ia turut dilengkapi dengan sistem pembatalan bunyi bersepadu supaya pemandu tidak terganggu bunyi luar. Sensor getaran pada bahagian badan kenderaan juga mengesan pergerakkan pada tayar dan suspensi dan dengan bantuan algoritma khas berupaya membatalkan bunyi-bunyi yang tidak diingini.
  • Supercar berkenaan juga menggunakan bahan-bahan kitar semula pada kabin misalnya penggunaan benang premium yang diperbuat dari fabrik lebihan industri fesyen. PVD aluiminium, Alcantara, kulit Nappa dan fabrik ultra PU, kesemuanya juga dihasilkan secara mampan.

  • Tawaran pengecasan pantas 350kW membolehkan isian bateri 10-80 peratus hanya dalam masa 18 minit.

Pada acara berkenaan, LCM turut mempamerkan Emira Turbo yang dibangunkan menggunakan casis aluminium ringan.

Rekabentuk dan ciri-ciri Emira Turbo diilhamkan menyerupai model Evija dan dilengkapkan dengan enjin empat silinder yang paling berkuasa pernah dipasang pada mana- mana model Lotus.

Ia menghasilkan kuasa 460hp dan digabungkan bersama transmisi dua klac lapan kelajuan (DCT).

 

 

 

 


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here