#TahukahAnda : Ada 9 kamera dipasang pada jentera lumba F1

75

Tahukah anda, berapa banyak unit kamera yang dipasangkan pada setiap jentera lumba Formula Satu (F1)?. 

Berdasarkan video terbaharu yang boleh ditonton di akaun rasmi YouTube F1, terdapat sembilan unit kamera yang digunakan untuk menyalurkan rakaman perlumbaan yang sedang berlangsung dari pelbagai sudut berbeza.

Kamera yang paling mudah dicam ialah unit yang terdapat pada struktur T di atas setiap jentera F1.



Terdapat dua unit kamera yang menghadap ke depan, diikuti satu kamera yang dihadapkan ke arah struktur impak belakang jentera.

Ada lagi dua tambahan kamera yang dipasangkan pada sisi casis di belakang pemandu, diikuti kamera kokpit menghadap pemandu, dan kamera 360 darjah yang dipasang di depan pemandu.

Terdapat juga kamera yang diletakkan pada bahagian dalam helmet yang mana F1 perlu bekerjasama dengan setiap pengeluar helmet untuk memasang lensa kamera pada bahagian kanan helmet.

Ia dihubungkan menerusi kabel khas yang disambungkan terus kepada sistem abah-abah jentera lumba.

Setiap satu kamera mempunyai cip pemprosesan tersendiri yang mana ia mampu beroperasi menggunakan bateri dalaman atau kuasa daripada bateri kereta lumba.

Dengan menggunakan bateri dalaman, sistem kamera ini masih lagi mampu merakam video dalam tempoh 15 hingga 20 minit selepas jentera F1 dimatikan atau terlibat dalam kemalangan.

Video penuh penerangan sistem kamera ini boleh ditonton pada pautan INI.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here