Acura Integra Type S HRC Prototype debut, penampilan lebih radikal

167

Honda menerusi divisyen perlumbaan HRC baru-baru ini mempertontonkan sebuah model sedan yang mencuri tumpuan umum. 

Acura Integra Type S HRC Protoype ini membawakan penampilan yang lebih radikal, terima kasih kepada penggunaan komponen aerodinamik yang dinaiktaraf.

Antaranya ialah splitter depan, liang udara yang besar pada hud enjin, skirt sisi, serta sayap belakang boleh laras yang besar.



Ia merupakan pakej aerodinamik yang sama dibangunkan untuk jentera lumba Integra Type S yang mampu meningkatkan aspek kestabilan dan daya mendap berbanding model sedan jalanan.

Acura menggunakan hud gentian karbon, panel pintu belakang gentian karbon, tempat duduk bucket Recaro dan membuang terus sistem pendingin hawa yang menyumbang kepada pengurangan berat badan hingga 91kg. 

Tempat duduk baris kedua juga dibuang dan digantikan dengan panel gentian karbon dan penambahan pendakap casis.

Sistem gantungan Integra Type S HRC Protoype dinaiktaraf dengan spring gegelung boleh laras yang merendahkan ketinggian jentera ini sebanyak 15mm, diikuti camber plate dari kereta lumba Type S dan bar anti-oleng belakang boleh laras.

Tayar standard digantikan dengan getah Pirelli P-Zero Trofeo R yang membaluti rim tempa serba baharu dengan jarak trek bertambah 30mm pada gandar depan dan belakang.

Bagi menghentikan jentera, Acura menyerahkan kepada rotor two-piece dan angkup enam omboh Brembo pada bahagian depan.

Sama seperti jentera lumba Type S, Acura Integra Type S HRC Prototype ini mengekalkan enjin 2.0 liter turbo namun dengan sistem intercooler lebih besar, penyejuk minyak berkembar dan sistem ekzos daripada jentera lumba Type S.

Besar kemungkinan kesemua item yang disebutkan itu tadi akan ditawarkan sebagai pakej aksesori untuk model Integra Type S.

GALERI

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here