Tesla edar Cybertruck kotor kepada pemilik baharu

326

Menunggu penghantaran kenderaan baharu merupakan hari bahagia buat pemilik, namun sebaliknya bagi segelintir pelanggan Tesla.

Ini kerana berdasarkan laporan, ada di antara pemilik baharu yang terpaksa membawa pulang Tesla Cybertruck dalam keadaan yang tidak bersih, berdebu dan berlumpur.

Tesla Cybertruck

Menurut The Wall Street Journal, banyak unit Cybertruck yang tiba di pusat penghantaran berada dalam keadaan yang kotor disebabkan kerja-kerja pembinaan yang dilakukan di kilang pemasangan trak tersebut.



Seorang bekas pekerja mendedahkan proses untuk membersihkan Cybertruck mengambil masa sekurang-kurangnya dua jam berbanding 45 minit untuk sebuah Tesla Model Y dan kebanyakan pusat pengedaran tidak mempunyai masa yang untuk mencuci trak pikap itu. 

Selain itu, Tesla juga dikatakan mengarahkan kakitangannya menggunakan sabun cuci pinggan Dawn untuk membersihkan bahagian luar trak tersebut, sebelum menggantikannya dengan produk Bar Keepers Friend.

Seorang pemilik Cybertruck dari Greensboro, North Carolina, Nathaniel Durham memberitahu beliau terpaksa membawa pulang trak pikapnya yang kotor dan memerlukan alkohol untuk membersihkan bahagian tertentu.

“Ia bukanlah sebuah Rolls-Royce atau Mercedes. Tapi ia masih lagi mahal seperti Porsche. Saya bukanlah mencari layanan istimewa,” kongsinya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here