Wooi Yik akan hadiah Tiggo 7 Pro kepada bapa

149

Chery Malaysia menyerahkan SUV Tiggo 7 Pro kepada pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris (2024), pasangan beregu badminton Aaron-Wooi Yik dan Lee Zhi Jia.

Bagaimanapun, majlis penyerahan yang dihadiri Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh itu hanya dihadiri pasangan beregu badminton.



Soh Wooi Yik memutuskan untuk memberikan SUV Chery berkenaan kepada bapanya.

“Saya akan beri kereta ini kepada ayah dan dia sukakan kenderaan besar tanpa mereka saya tidak mampu cipta kejayaan di Sukan Olimpik.

“Dengan dapatnya kereta ini akan tingkatkan lagi semangat kami untuk bertanding,” jelasnya yang berterima kasih kepada Chery Malaysia kerana menghargai kejayaan atlet. 

Manakala Aaron menyatakan akan menggunakan SUV berkenaan yang sesuai buat dirinya yang sudah berkeluarga.

“Kereta ini benar-benar hebat, terutamanya untuk saya sebagai seorang yang berkeluarga,” katanya menambah masih belum memutuskan pilihan warna badan Tiggo 7 Pro miliknya. 

Kedua-dua pasangan beregu berkenaan menyatakan Chery Tiggo 7 Pro merupakan hadiah kereta pertama yang diterima oleh mereka. 

Cherry Tiggo 7 Pro dijana oleh enjin 1.6 liter TGDi 4-silinder berkuasa 197hp dan tork 290Nm dengan transmisi automatik dua klac 7-kelajuan bersama pacuan roda depan (2WD).

Dijual pada harga RM123,800 seunit, Tiggo 7 Pro memiliki panjang 4,500mm, lebar (2,710mm) dan jarak roda 2,670mm. 

SUV tersebut dilengkapi dengan ciri keselamatan ADAS 2.5 antaranya Front Collision Warning (FCW), Multi Collision Brake (MCB), Rear Collision Warning (RCW), Autonomous Emergency Braking (AEB) dan lain-lain. 

GANJARAN RM100,000

Sementara itu, Hannah Yeoh mengumumkan Aaron-Wooi Yik akan menerima RM100,000 setiap seorang di bawah Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) bagi mengiktiraf kemenangan pingat gangsa di Sukan Olimpik Paris (2024).

“Kerajaan melalui Majlis Sukan Negara (MSN) akan memberikan ganjaran RM100,000 setiap seorang berbanding RM50,000 yang diberikan selepas pasangan beregu itu memenangi pingat gangsa di Tokyo 2020.

“Kedua-dua mereka berjuang sama kuat. Ini merupakan kali kedua mereka membawa pulang pingat Sukan Olimpik untuk negara, jadi kami percaya wajar untuk memberi RM100,000 setiap seorang,” jelas beliau.

Selain itu, Hannah juga berkata Zii Jia yang memenangi gangsa di Paris 2024 juga akan menerima RM100,000 di bawah SHAKAM dan pencen seumur hidup RM2,000 sebulan di bawah Skim Imbuhan Tetap Olimpik MSN. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here