Penerbangan sebuah pesawat lewat selama sejam, gara-gara seorang penumpang warga China enggan meletakkan bag tangan berjenama di bawah kerusi.
Rakaman insiden itu mendapat sehingga 4 juta tontonan di platform Douyin dan menimbulkan perdebatan hangat dalam kalangan netizen.
Penumpang wanita yang duduk di kelas ekonomi itu berkeras enggan meletakkan bag tangan jenama Louis Vuitton di bawah kerusi bahagian depan seperti diminta pramugari.
Tindakan wanita itu menyebabkan penerbangan 10 Ogos dari lapangan terbang Chongqing yang telah berlepas terpaksa berpatah semula ke pintu masuk.
Wanita itu akhirnya diiringi pihak berkuasa keluar dari kokpit pesawat diiringi tepukan penumpang yang lain. Kejadian itu menyebabkan kelewatan selama satu jam dan mengganggu waktu berlepas penerbangan seterusnya.
Beg tangan Louis Vuitton berharga kira-kira USD 3,000 (RM13,134) di China dan tiket kelas ekonomi untuk penerbangan dari Chongqing ke wilayah Hebei di utara China kendalian China Express Airlines berharga CNY 800 (RM490).
Syarikat penerbangan itu tidak menjawab soalan mengenai kes itu atau mendedahkan hasilnya selepas bercakap dengan penumpang. Identiti penumpang yang bersalah tidak didedahkan.
Pihak penerbangan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan insiden itu dan identiti penumpang wanita berkenaan tidak didedahkan.