Penduduk bengang teksi robot bunyikan hon jam 4 pagi

415

Bunyi bising daripada sekumpulan kereta autonomi atau teksi robot Waymo di parkir di San Francisco, California, mendatangkan rasa berang dalam kalangan penduduk sekitar akibat tidur mereka terganggu. 

Menerusi video yang tular beberapa minggu lalu, Sky News melaporkan robot teksi Waymo itu tiba di tempat letak kereta berkenaan iaitu lokasi menunggu perkhidmatan tersebut. 



Strim langsung seorang penduduk yang memantau tempat letak kereta teksi itu kini mengumpulkan puluhan ribu tontonan daripada orang ramai di seluruh dunia.

Kereta itu dipasang dengan sistem yang akan membunyikan hon setiap kali kereta lain berundur berhampiran dengannya.

Christopher Cherry, yang tinggal di kediaman bersebelahan tempat letak kereta itu, memberitahu rakan kongsi Sky di Amerika Syarikat (AS), NBC Bay Area bahawa dia teruja dengan kehadiran Waymo di kawasan kejiranan tersebut kerana menganggap ia akan membawa lebih keselamatan dan ketenangan ke kawasan itu.

Sebaliknya yang berlaku, teksi robot itu membunyikan hon sepanjang malam ketika diparkir atau memulakan perjalanan sehingga menyebabkan penduduk sekitar sukar tidur. 

“Kami bermula dengan beberapa hon di sana sini, dan kemudian apabila semakin banyak kereta mula tiba, keadaan menjadi lebih teruk.

“Kereta itu robotik dan ia membunyikan hon antara satu sama lain dan tiada sesiapa di dalam kereta ketika ia berlaku, dan itu tidak masuk akal,” kata Cherry.

Cherry berkata, hon berlaku setiap hari pada tahap yang berbeza, dengan hon paling kuat berlaku kira-kira 4 pagi dan pada waktu petang yang sibuk.

“Ia sangat mengganggu semasa hari bekerja, tetapi yang paling teruk ia membangunkan anda pada jam 4 pagi,” katanya.

Seorang penduduk menjadi sangat marah sehingga dia mula melakukan penstriman langsung tempat letak kereta itu di YouTube, mengumpulkan puluhan ribu tontonan pada beberapa videonya.

VIDEO

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here