Central Auto Distributors Bhd (CAD) mempertontonkan Dongfeng BOX ke pasaran tempatan. Model itu bakal dilancarkan secara rasmi pada suku keempat tahun ini.
Berikut informasi pantas perlu anda tahu tentang produk kereta elektrik (EV) asal China itu:
- Dongfeng BOX merupakan model pertama menggunakan platform termaju Dongfeng Quantum Architecture S3.
- BOX memiliki panjang 4,020mm, lebar (1,810mmm) dan tinggi (1,570mm) serta jarak roda (2,663) yang sesuai untuk kenderaan dalam bandar.
- Ia dilengkapi dengan unit pemacu elektrik Mach E 10-in-1 yang menawarkan kelebihan seperti kecekapan tinggi, integrasi sempurna, dan penggunaan tenaga yang rendah.
- EV itu dilengkapi dengan kapasiti bateri 42.3kWh yang mana pengecasan penuh menawarkan jarak perjalanan sejauh 430km.
- Dengan kuasa maksimum 70kW dan tork 160Nm, BOX mampu mencapai kelajuan maksimum 140kmj.
- Pengecasan pantas DC membolehkan isian bateri dari 30 hingga 80 peratus dalam tempoh 30 minit.
- Penampilan moden disempurnakan menerusi garis badan aerodinamik kemudian dipadankan dengan lampu LED di sepanjang hud depan serta rim rekaan ‘plum’.
- Warna badan dua tona warna memberikan imej bumbung terapung lalu dipadankan dengan cermin pintu tanpa bingkai, pemegang pintu yang disatukan dengan badan kereta dan bentuk lampu depan yang comel.
- Kabin pula ditawarkan dengan kemasan kulit bersama rekaan ‘berlian’ pada papan pemuka dan sisi pintu.
-
Ciri peralatan lain termasuklah lampu ambien 32 pilihan warna, pengecas telefon tanpa wayar, skrin infotainmen 12.8-inci dan fungsi bantuan pemanduan pintar L2.
GALERI