Trak Tesla Semi terbabas langgar pokok, cetus kebakaran besar

208

Sebuah trak elektrik Tesla melanggar beberapa batang pokok sehingga mencetuskan kebakaran besar di sebuah lebuh raya di California Utara, lapor portal berita Fox News, semalam.

Kebakaran tersebut turut mengeluarkan asap toksik kerana bateri trak tanpa bahagian kontena itu terbakar dengan mencatatkan suhu setinggi 537 darjah Celsius. 



Menurut Pegawai Pasukan Lebuh Raya California, Jason Lyman, anggota-anggota bomba menggunakan beribu-ribu liter air dalam usaha menyejukkan badan kenderaan tersebut.

Katanya, asap beracun daripada bateri itu mendatangkan bahaya jika terhidu.

Bagaimanapun, pemandu trak dilaporkan selamat selepas berjaya keluar dari kenderaan  dan dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Sebuah pesawat turut menggugurkan bahan pencegah kebakaran di kawasan sekitar untuk mengelakkan api daripada merebak ke kawasan lain.

Lyman berkata, kebakaran kenderaan elektrik merupakan perkara baharu dan pihak bomba masih belajar bagaimana cara untuk menghadapinya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here