Selepas 22 tahun, kembara trio pengacara The Grand Tour bakal berakhir

100

Setiap yang bermula pasti akan ada pengakhirannya.

Selepas 22 tahun bersama, kerjasama yang terjalin antara Jeremy Clarkson, James May dan Richard Hammond akan berakhir menerusi episod terakhir The Grand Tour yang akan ditayangkan pada 13 September ini.

Berdasarkan video trailer terbaharu yang dimuatnaik di laman YouTube, ketiga-tiga pengacara tersebut akan melakukan perjalanan merentasi Zimbabwe menggunakan tiga kereta yang berbeza, iaitu Lancia Montecarlo, Ford Capri dan Triumph Stag.



Biarpun rancangan The Grand Tour baru menjejak usia lapan tahun, trio hos tersebut lebih dikenali umum menerusi rancangan Top Gear yang diterbitkan oleh saluran BBC.

Rancangan tersebut ternyata menjadi satu fenomena global untuk bertahun-tahun lamanya sehinggalah berlaku satu insiden di mana Clarkson menumbuk salah seorang produser.

BBC membuat keputusan untuk tidak memperbaharui kontrak ketiga-tiga pengacara tersebut, dan trio itu kemudian memulakan rancangan baharu The Grand Tour menerusi saluran Prime Video pada tahun 2016.

Memetik kata-kata Clarkson dalam video trailer tersebut, “So, for the last time, here we go.”

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here