Kerjasama dengan Tesla bakal pacu Malaysia sebagai hab utama Teknologi Hijau

71

Kerjasama bersama pengeluar kenderaan elektrik (EV), Tesla dijangka memacu Malaysia sebagai hab utama teknologi hijau di rantau ini, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Menerusi perbincangan dengan delegasi Tesla Malaysia semalam, beliau berkata syarikat itu menekankan sokongan terhadap ekosistem tempatan dengan melibatkan sembilan syarikat Malaysia dalam pembangunan infrastruktur pengecasan EV.



Selain itu, syarikat tersebut juga menjalin kerjasama dengan institusi pengajian tempatan untuk pemindahan ilmu dan pembangunan modal insan.

“Semoga usaha bersama ini terus berkembang, membawa manfaat besar kepada ekonomi, teknologi, dan tenaga lestari negara kita,” katanya.

Beliau berkata perbincangan tersebut memberi fokus kepada kemajuan dan pelaksanaan Skim AP Peneraju Global Batteri Eletric Vehicle (BEV).

Sehingga akhir Julai 2024, Tesla telah memasang 52 unit pengecas Supercharger dengan kapasiti 250kW, 54 unit pengecas Wall Connector AC dan lebih 4,500 unit pengecas rumah di Semenanjung Malaysia.

Menerusi pelaburan yang mencecah USD 13.5 juta (RM59.06 juta), Tesla menunjukkan komitmen yang kukuh terhadap pembangunan infrastruktur pengecasan EV di negara kita.

“Kami juga berbincang mengenai potensi besar teknologi simpanan tenaga bateri yang dijangka dapat menyumbang kepada peningkatan kecekapan tenaga dan kestabilan grid Malaysia.

“Teknologi ini berpotensi untuk mengurangkan kos tenaga dan memperkukuhkan infrastruktur tenaga nasional kita,” katanya. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here