BMW jual lebih banyak EV berbanding Tesla di Eropah bulan lalu

126

Buat pertama kalinya, BMW berjaya merekodkan jualan kenderaan elektrik (BEV) jauh lebih banyak berbanding Tesla di Eropah sepanjang bulan Julai 2024.

Menurut analisis JATO Dynamics, BMW berjaya menjual sebanyak 14,869 unit BEV berbanding 14,561 unit Tesla.

Biarpun ketinggalan di belakang BMW, model EV yang paling laris terjual masih lagi dipegang oleh Tesla Model Y, dengan jumlah jualan sebanyak 9,544 unit.



Tempat kedua disandang oleh Volvo EX30 (6,573 unit) diikuti Volkswagen ID.4 di tempat ketiga (5,295 unit).

Dua model BMW berjaya memasuki carta 10 EV terlaris, iaitu BMW iX1 di tempat keenam (4,305 unit) dan BMW i4 di tempat ketujuh (4,198 unit).

Analisis JATO Dynamics turut mendapati prestasi jualan EV di Eropah menurun sebanyak enam peratus, berkemungkinan besar disebabkan oleh kekurangan insentif daripada pihak kerajaan serta kebimbangan pengguna terhadap nilai jualan semula.

Disebabkan itu, model kenderaan yang paling laris di Eropah sepanjang enam bulan pertama tahun ini dipegang oleh model mampu milik Dacia Sandero.

Malah, sepanjang bulan Julai Dacia Sandero masih lagi kekal duduk di tangga teratas (22,398 unit), diikuti VW T-Roc (19,254 unit) dan Toyota Yaris Cross (17,314 unit).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here