Dongfeng Nammi Box EV dilancarkan di Eropah, dari RM112k

77

Benua Eropah kini menerima kehadiran sebuah lagi model kenderaan elektrik (EV) aras mula dari jenama Dongfeng, iaitu Nammi Box EV.

Untuk permulaan, ia akan dijual di pasaran Switzerland dengan harga bermula dari CHF 21,900 (RM112,394).

Secara standard, Nammi Box EV ini datang dengan pek bateri berkapasiti 42.3kWh dan mampu mencapai jarak pemanduan sejauh 311km berdasarkan data WLTP.



Ia dipacu dengan motor elektrik pada gandar hadapan berkuasa 94hp.

Ciri unik yang terdapat pada Nammi Box ini termasuklah penggayaan yang lebih ringkas, unit lampu LED, pemegang pintu tertanam, serta rekaan pintu tanpa rangka tingkap.

Untuk ruang kabin, Nammi Box EV mendapat kemasan upholsteri kulit dua tona pada panel pintu, roda stereng dan papan pemuka, tempat duduk balutan kulit, skrin infotainmen  12.8 inci serta skrin kluster digital 5-inci.

Selain itu, ia turut mempunyai konsol tengah jenis terapung yang menyediakan ruang storan yang agak besar dan pengecasan peranti pintar tanpa wayar.

Untuk permulaan, Dongfeng Nammi Box akan dijual sebagai model import CBU dari China. 

Namun pengeluar itu kini sedang dalam perbincangan dengan kerajaan Itali untuk mendirikan kilang pemasangan di sana.

GALERI

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here