Cuba elak monyet, Proton Iriz terbabas ke dalam parit

201

Enam sekeluarga berdepan detik cemas apabila Proton Iriz dinaiki terbabas dan terjunam ke dalam parit dipenuhi air di KM15, Jalan Selama -Bagan Serai, Sabtu lalu.

Dalam kejadian sekitar jam 3.45 petang itu, kereta itu dipandu seorang wanita yang membawa lima penumpang termasuk empat kanak-kanak berusia setahun hingga 13 tahun.



Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Juna Yusoff berkata kesemua mangsa dalam perjalanan dari Selama menuju ke Bagan Serai.

Menurut beliau, kemalangan berlaku apabila kenderaan tersebut cuba mengelak sekumpulan monyet sebelum terbabas.

“Kereta berkenaan melanggar sebatang tiang elektrik dan terjatuh dalam parit di sebelah kanan jalan.

“Kesemua mangsa telah diselamatkan oleh orang awam yang berada di tempat kejadian dan dibawa menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Parit Buntar,” katanya.

Kesemua mangsa dibenarkan pulang pada hari sama selepas pemeriksaan mendapati tiada sebarang kecederaan serius dan kes disiasat di bawah Kaedah 10, Peraturan 6(1) Kaedah-Kaedah Lalu lintas 166/59.

Terdahulu tular video berdurasi 35 saat di media sosial memaparkan tindakan berani dua lelaki berenang menyelamatkan keenam-enam mangsa kemalangan sebelum kereta terbabit tenggelam.

@_mrkay_

Akak ni terbabas langgar tiang lampu then jatuh ke sungai..nasib baik abg ni ada..tq org baik

♬ original sound – Mr kay – Mr kay

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here