EV baharu di Malaysia: XPENG G6 tawar dua varian harga bermula RM165,000

126

Bermaz Xpeng Sdn Bhd, pengedar tunggal jenama XPENG di Malaysia melancarkan model pertamanya menerusi XPENG G6 Ultra Smart Coupe SUV.

 

Prestasi, Pengecasan Hebat & Keselamatan

Reka bentuk badan G6 menampilkan nisbah dinamik dengan pusat graviti rendah yang menawarkan kawalan pemanduan dinamik lebih baik. 

Struktur badannya terdiri daripada campuran keluli dan aluminium ringan, memberikan ciri keselamatan yang teguh dengan berat lebih ringan.



G6 menampilkan reka bentuk menarik dengan konsep baharu untuk mencapai cita rasa pengguna. Selain itu, menampilkan reka bentuk luaran yang teguh, anggun dan bergaya dengan garisan bersih bagi menyumbang kepada kecekapan aerodinamik.

Selain itu, bahagian hadapan dan belakang yang pendek serta pusat graviti rendah direka untuk pengendalian yang terbaik.

Ruang dalam moden

Melalui falsafah reka bentuk dalaman XPENG, Simplicity, G6 memperkenalkan konsep “Circle of Life” dan memainkan peranan penting dalam mencipta reka bentuk dalaman yang canggih. 

Ruang kabinnya yang selesa menampilkan ruang kaki atau kepala untuk penumpang baris pertama dan kedua dengan tempat duduk yang direka bentuk secara ergonomik.

G6 dilengkapi pengecasan wayarles Dwi 50W untuk setiap pad pengecasan, bersama dengan penyaman udara automatik dwi zon suhu ​​dan sistem pembersihan udara.

G6 dilengkapi dengan sistem pengendalian dalam kereta pintar yang dinaik taraf, Xmart OS 5.0, menawarkan semua ciri yang meningkatkan keselesaan untuk meningkatkan interaksi pemandu dan kenderaan.

Sistem kawalan pusat resolusi tinggi 14.96 inci menyediakan pengalaman interaksi yang lebih intuitif, begitu juga papan pemuka digital 10.2 incinya. 

Sistem infotainmen G6 boleh disambung dengan Apple CarPlay dan Android Auto. Malah, dilengkapi sistem audio sekeliling XOpera 18 pembesar suara dengan jumlah kuasa 960W.

Ditawarkan dua varian 

G6 580 Pro: Dikuasakan pek bateri Lithium Iron Phosphate (LFP) voltan tinggi 66 kWh yang boleh bergerak sehingga 435 kilometer dengan tork maksimum 440Nm dan menghasilkan 255hp. Kelajuan tertinggi 200 km/j dan 0 – 100 km/j dalam 6.6 saat.

Varian 755 Pro: Menggunakan 87.5 kWh Nickel Manganese Cobalt (NMC) yang boleh bergerak sehingga 570 kilometer dengan tork maksimum 440 Nm yang menghasilkan 282hp. Kelajuan tertinggi 200 km/j dan 0 – 100 km/j dalam 6.2 saat.

Kapasiti pengecasan DC maksimum ialah 215 kW untuk varian 580 Pro dan 280 kW untuk varian 755 Pro. Menggunakan pengecasan pantas DC, G6 boleh dicas daripada 10 hingga 80 peratus dalam masa 20 minit untuk kedua-dua varian.

Ciri Keselamatan XPILOT 2.5

Dari segi keselamatan, G6 dilengkapi dengan ciri keselamatan standard dan termaju, juga dikenali sebagai XPILOT 2.5 iaitu sistem ADAS yang lengkap. 

Untuk ciri keselamatan standard kenderaan itu termasuk 7 beg udara dan kunci kanak-kanak elektronik. 

Bagi ciri keselamatan canggihnya, sistem bantuan pemandu XPILOT 2.5 dilengkapi dengan radar gelombang milimeter definisi tinggi, radar ultrasonik dan Kamera HD 360 darjah yang dikuasakan oleh chipset Nvidia Orin-X.

Pada masa sama, model berkenaan dilengkapi aplikasi mudah alih XPENG untuk menyemak status kenderaan, mengunci dan membuka kunci pintunya, menentukan status tekanan tayar, mengawal penyaman udara dan banyak lagi.

Malah, sistem itu dilengkapi Bantuan Tempat Letak Kereta Auto Dipertingkat (EAP 2.0), yang boleh membantu pemilik meletak kereta masuk dan keluar dari tempat letak kereta berserenjang, selari atau pepenjuru dengan atau tanpa garisan. 

XPENG G6 Ultra Smart Coupe SUV ialah CBU dari China. Material tempat duduk dalaman, G6 didatangkan dengan kulit buatan, manakala luarannya ditawarkan dengan: 

  • Midnight Black
  • Silver Frost
  • Artic White
  • Graphite Grey
  • Fiery Orange

Dengan harga bermula RM165,000 untuk varian 580 Pro dan RM185,000 untuk varian 755 Pro. 

XPENG G6 ditawarkan waranti Pengeluar 5 Tahun (atau 120,000km), yang mana dahulu. Ia juga dilengkapi dengan waranti Pek Bateri Voltan Tinggi 8 Tahun dan had perbatuan 160,000km, yang mana dahulu.

Galeri Gambar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here