Mitsubishi Motors Malaysia rai pengeluaran ke 40,000 Xpander

126

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) meraikan pengeluaran ke 40,000 model Mitsubishi Xpander.

Syarikat gembira meraikan pemilik ke 40,000 Xpander sekaligus tamatnya kempen sebulan dengan penyerahan baucar percutian bernilai RM10,000 kepada pemilik Xpander berkenaan iaitu Zaty Ewany dari Pasir Puteh, Kelantan.



Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Shinya Ikeda berkata misi syarikat ketika pelancaran MPV itu pada lewat 2020 adalah menawarkan kenderaan yang memenuhi keperluan dan gaya hidup pelanggan yang pelbagai.

“Kami merakamkan ucapan terima kasih yang tulus kepada pelanggan setia, rakan kongsi perniagaan, dan rakan media dengan kepercayaan dan sokongan diberikan telah menjadi asas kejayaan kami,” katanya. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here