Modenas logo baharu imej moden, tiada lagi imej Gunung Jerai!

372

Modenas, anak syarikat DRB-Hicom Berhad memperkenalkan logo baharu yang mengambil inspirasi simbol ikonik ‘M’ jenama syarikat.

Logo baharu motosikal nasional itu menampilkan penggayaan huruf ‘M’ yang lebih moden di dalam bulatan yang menggambarkan identiti baharu syarikat.

Ia masih mengekalkan warna biru dan putih manakala logo yang dikemas kini memperkenalkan varian kelabu dan platinum Modenas.



Sementara itu, pengenalan Elemen “Road Star” yang baharu juga mencerminkan arah baharu jenama yang menekankan kepimpinan industri, keupayaan menyesuaikan diri, dan komitmen untuk pertumbuhan.

Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Roslan Roskan berkata Modenas mewakili legasi yang dibina oleh rakyat Malaysia.

“Industri mobiliti kini sedang berkembang pesat, didorong oleh keperluan mendesak untuk peralihan tenaga dan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap kelestarian alam sekitar.

“Dengan ini, visi baharu kami akan membawa keseronokan yang menghubungkan pengguna dan komuniti dengan menyediakan nilai, teknologi, dan produk lestari di peringkat global.

“Selari dengan penjenamaan semula dan pencapaian syarikat, Modenas juga memperkenalkan varian baharu Kriss 110 iaitu yang pertama memenuhi piawaian pelepasan Euro 4 yang ketat,” katanya. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here