SAIC Motor Malaysia buka tempahan MG5 dan MG HS

122

SAIC Motor Malaysia (SMM) membuka tempahan sedan MG5 dan SUV MG HS yang mana anggaran harga bermula di bawah RM100,000.

Direka untuk mereka yang ingin tampil berbeza dan menyerlah, MG5 ditawarkan menerusi satu varian.

Berikut fakta pantas tentang MG5 :



  • Anggaran harga di bawah RM100,000.
  • Menggunakan enjin 1.5 liter DOHC berkuasa 114PS @ 6,000rpm dan tork 150Nm @ 4,500rpm dengan transmisi iCVT 8-kelajuan automatik.
  • Siluet badan fastback didatangkan dengan spoiler ekor itik, gril depan 3D, lampu depan LED bersama DRL, rim aloi Tomahawk 17-inci dan bumbung suria.
  • Dimensi panjangnya 4,675mm, lebar (1,842mm) dan jarak roda (2,680mm), sekaligus menjadikannya sedan paling panjang dan lebar dalam segmen-B.
  • Kabin didatangkan dengan skrin infotainmen 10.25-inci, kluster instrumen digital 7-inci, stereng tiga jejari bersama punat kawalan, enam pembesar suara, kamera 350 darjah dan tiga port USB serta kawalan pendingin hawa digital satu zon bersama penapis udara PM2.5.
  • MG5 dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu MG PILOT merangkumi Lane Departure Warning, Lane Change Assist, Blind Spot Detection, Rear Collision Warning dan Rear Cross Traffic Alert.
  • Ciri keselamatan standard lain termasuklah enam beg udara, Electronic Stability Program, Anti-Lock Brake system (ABS), Electronic Brakeforce Distribution (EBD), Traction dan Cornering Brake.

Di samping itu, SMM turut membawa masuk model MG HS menerusi dua pilihan varian iaitu Standard dan Luxury.

Berikut fakta pantas tentang MG HS :

  • Anggaran harga bagi HS Standard adalah di bawah RM130,000 manakala HS Luxury di bawah RM150,000.
  • Kedua-dua varian dijana enjin 1.5 liter turbo yang menghasilkan kuasa 162PS dan tork 250Nm bersama transmisi klac berkembar 7-kelajuan.
  • Bentuk badan yang tajam dan agresif dipadankan dengan lampu LED pada bahagian depan dan belakang, rim aloi 17-inci (Standard) dan 18-inci (Luxury), lampu depan LED, gril depan lebih tebal dengan aksen hitam dan lain-lain.
  • Kabin varian Standard didatangkan dengan skrin infotainmen 10.1 inci bersama ketersambungan Apple Carplay dan Android Auto serta paparan multi info 7-inci manakala varian tertinggi pula menerima paparan virtual bersaiz 12.3 inci.
  • Ia juga dilengkapi dengan lampu ambien 64 tema, kerusi sport untuk pemandu dan penumpang depan, mod Super Sport, pedal sport, pedal shifter dan bumbung suria.
  • SUV itu menawarkan ruang bagasi seluas 463 liter dan tambahan 1,287 liter apabila kerusi belakang dilipat sepenuhnya.
  • MG menawarkan enam beg udara dan sistem bantuan pemandu termaju (ADAS) merangkumi Front Collision Warning, Adaptive Cruise Control, Traffic Jam Assistance, Lane Departure Warning and Prevention, Lane Keeping Assist, Blind Spot Detection, Lane Change Assist, Rear Cross Traffic Alert dan Door Opening Warning

Kedua-dua model didatangkan dengan pakej waranti 5-tahun dengan perbatuan tanpa had (mana tiba dahulu) bagi kenderaan dan waranti  7-tahun dengan perbatuan tanpa had bagi trenkuasa (enjin dan transmisi).

page2image58208656

 
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here