Penunggang motosikal cedera dihempap pokok tumbang

47

Seorang remaja lelaki cedera selepas motosikal ditunggang dihempap sebatang pokok yang tumbang di Tebuk Panchor Jalan Ban Pisang di Bagan Serai, malam tadi. 

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.55 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai ke lokasi kejadian.



Beliau berkata ketika kejadian, mangsa berusia 18 tahun sedang dalam perjalanan menghala ke Bukit Merah.

“Mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian kepala dan belakang badan dihantar ke Hospital Taiping untuk menerima rawatan,” katanya.

Bomba memotong pokok yang tumbang itu dan operasi selesai sepenuhnya pada 12.38 tengah malam. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here