Projek WCE capai 94 peratus, dijangka siap sepenuhnya 2026

100

Projek Lebuhraya Pantai Barat (WCE) kini sudah berada di tahap 94 peratus dan di landasan tepat untuk siap sepenuhnya menjelang tahun kewangan 2026.

Menerusi kenyataan media, WCE adalah pemangkin penting untuk merangsang pembangunan ekonomi di sepanjang kawasan pesisir pantai Selangor dan Perak.

Lebuhraya WCE Seksyen 11

“Lokasinya yang hampir dengan pelabuhan utama seperti Pelabuhan Klang, Pelabuhan Lumut dan Pelabuhan Pulau Pinang serta kawasan tumpuan lain menjadikannya lebih sesuai untuk kenderaan komersial,” katanya.



Ketika ini enam daripada 11 seksyen WCE telah dibuka untuk trafik dan kutipan tol sudah dimulakan.

Ia melibatkan Seksyen 5 (New North Klang Straits Bypass (NNKSB) – Bandar Bukit Raja Utara); Seksyen 6 (Bandar Bukit Raja Utara – Assam Jawa); Seksyen 8 (Hutan Melintang – Teluk Intan); Seksyen 9 (Kampung Lekir – Changkat Cermin); Seksyen 10 (Changkat Cermin – Beruas) dan Seksyen 11 (Beruas – Taiping Selatan).

TRAFIK HARIAN MENINGKAT 115 PERATUS
Seksyen 6 WCE

Sepanjang tahun ini sebanyak dua seksyen tambahan dibuka iaitu Seksyen 6 pada November 2023 dan Seksyen 11 pada Mac 2024.

Pembukaan Seksyen 6 dan Seksyen 11 meningkatkan jumlah trafik harian WCE dengan ketara yang mana purata trafik harian seksyen bagi suku pertama 2024 meningkat sebanyak 115 peratus berbanding suku tahun sebelumnya.

Sementara itu, Seksyen 1 (Banting – Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE)) dijadualkan pembukaan pada 30 Ogos 2024 dan Seksyen 2 (SKVE – Lebuhraya Shah Alam (KESAS)) disasarkan pada suku ketiga tahun kewangan 2025.

“Penyempurnaan seksyen itu juga akan menyediakan sambungan kepada lebuh raya sedia ada, iaitu SKVE dan KESAS.

“Dalam keputusan kewangan suku pertama baru-baru ini bagi tahun kewangan 2024, kumpulan melaporkan peningkatan yang signifikan sebanyak 93 peratus dalam hasil tol, meningkat dari RM13.5 juta pada suku tahun sebelumnya kepada RM26.1 juta.

“Kumpulan yakin bahawa hasil tol akan terus meningkat setelah dua seksyen tambahan dibuka untuk trafik,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here