Nak beli kereta baru, perluke tengok skor ASEAN NCAP?

54

Pernahkah anda sebagai pengguna meletakkan ciri keselamatan di senarai teratas dalam mencari kereta baharu?.

Daripada 10 pembeli, mungkin hanya lima yang menjadikan sistem keselamatan sebagai keutamaan. Tingkat kesedaran bahawa pentingnya segudang keselamatan pada kereta baharu masih di tahap sederhana.

Tidak hairan, model yang didatangkan dengan dua beg udara dan spesifikasi terendah masih laku di Malaysia. Keutamaan pengguna selalunya mencari kereta yang jimat minyak, rekaan yang cantik dan nilai jualan semula yang tinggi.



ASEAN NCAP

Jadi, di sinilah ASEAN NCAP memainkan peranan penting. Ia mengajak para pengeluar membangunkan kenderaan selamat, bukan hanya untuk pemandu dan penumpang bahkan turut mengambilkira keselamatan pejalan kaki.

Maka, penting bagi setiap kenderaan baharu melalui ujian perlanggaran ASEAN NCAP yang bakal menjadi rujukan pelanggan untuk menilai tingkat keselamatan kereta yang bakal dibeli. 

Kenderaan akan melalui serangkaian proses ujian perlanggaran yang mana hasilnya akan menentukan skor keseluruhan menerusi penarafan bintang (1 hingga 5).

Semakin banyak jumlah bintangnya, semakin tinggi tingkat keselamatan kenderaan tersebut.

Kenderaan yang mendapat penarafan 5-bintang menunjukkan kereta tersebut lulus ujian keselamatan dengan baik dan lebih selamat untuk dipandu.

OMODA 5

Misalnya, Chery Omoda 5 (2024) yang mendapat penarafan 5-bintang ASEAN NCAP mengikut protokol 2021-2025, baru-baru ini. 

Model yang diuji merupakan varian H untuk pasaran tempatan. Penarafan yang sama turut terpakai ke atas varian Omoda 5 yang dipasang di Malaysia untuk pasaran Brunei, Filipina, Thailand dan Vietnam.

SUV tersebut mendapat skor keseluruhan 88.64 yang menunjukkan Chery serius dalam memberikan perlindungan terbaik. 

Sebagai perbandingan, pesaingnya Proton X50 (2020) varian Standard mendapat skor 84.26 manakala Honda HR-V (2022) pula 81.38. Kedua-dua pesaing tersebut turut menerima penarafan lima bintang.

Dalam ujian ASEAN NCAP, Omoda 5 meraih nilai penuh dalam 11 daripada 18 aspek yang diuji.

Ujian perlanggaran melibatkan empat kategori penilaian iaitu Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP); Perlindungan Penumpang Anak Kecil (COP); Bantuan Keselamatan (SA) dan Keselamatan Penunggang Motosikal (MS).

Secara keseluruhan skor Omoda 5 adalah:

  • Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP) : 36.77/40.00
  • Perlindungan Penumpang Kanak-kanak (COP) : 17.36/20.00
  • Bantuan Keselamatan (SA) : 19.51/20.00
  • Keselamatan Penunggang Motosikal (MS) : 15.00/20.00

Di bawah AOP, SUV itu mendapat skor penuh 8.00 bagi impak perlanggaran sisi dan teknologi perlindungan kepala. Manakala, SUV itu merekodkan skor penuh bagi ujian perlanggaran sisi dan depan masing-masing 8.00 dan 16.00 di bawah kategori COP. 

Ia disumbangkan oleh binaan badan Omoda 5 yang kukuh menggunakan keluli berkekuatan tinggi dalam 78 peratus casis dan kawasan penting yang bertanggungjawab untuk perlindungan perlanggaran diperkukuh dengan keluli kekuatan ultra tinggi. 

Manakala bagi kategori SA, Omoda 5 mendapat mata penuh bagi ujian Autonomous Emergency Braking (AEB) City, AEB Inter-Urban serta Effective Braking. 

OMODA 5 didatangkan dengan enam beg udara bersama ciri keselamatan standard Sistem Brek Anti Kunci (ABS), Agihan Tekanan Brek Elektronik (EBD), Sistem Bantuan Brek (BA) dan Sistem Ambil Alih Brek (BOS), Program Kestabilan Elekronik (ESP) dan Kawalan Traksi (TCS), Bantuan Penghidup Bukit (HAC), Sistem Pemantauan Angin Tayar (TPMS) dan Kawalan Turun Bukit (HDC). 

Dengan menjadikan skor ASEAN NCAP dalam pemilihan kenderaan baharu secara tidak langsung pelanggan menyokong pengeluar yang berkomitmen terhadap standard keselamatan yang tinggi.

Jadi persoalannya, adakah anda sebagai konsumer menjadikan skor ASEAN NCAP sebagai rujukan dalam mencari kereta baharu?.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here