Pemilik Lamborghini saman PBT selepas terima kompaun enjin bising

225

Seorang broker insurans yang juga pemilik Lamborghini Huracan Performante model 2018 menyaman Majlis Bandaraya New York selepas tidak berpuas hati dikompaun atas kesalahan bunyi bising.

Menurut akhbar New York Post, Anthony Aquilino dikenakan kompaun USD 800 (RM3,462) walaupun supercar miliknya merupakan model standard tanpa sebarang modifikasi tambahan. 

“Untuk kesalahan pertama, jumlah kompaun dikenakan USD800, manakala kesalahan kedua pula USD1,700 (RM7,357) dan kesalahan ketiga mencecah USD 2,700 (RM11,684),” jelas Aquilino. 



Tambah beliau, undang-undang Big Apple hanya membenarkan pihak berkuasa tempatan mengeluarkan saman pada kenderaan yang telah dimodifikasi untuk menghasilkan bunyi bising enjin.

Dalam tuntutan mahkamah yang dikemukakan, Aquilino menjelaskan beliau tidak boleh dipertanggungjawabkan atas kesalahan yang dilakukan, apatah lagi kereta tersebut sah dipandu atas jalan raya dan lulus pemeriksaan setiap tahun.

Aquilino turut membawa Huracannya itu ke pengedar Lamborghini di Manhattan untuk pemeriksaan enam minggu selepas disaman memandangkan beliau tidak pernah mengubahsuai atau memasang perkakasan selepas pasaran.

Bertentangan dengan kenyataan yang telah dibuat selepas undang-undang tersebut diluluskan tahun lalu, Ahli Majlis Keith Powers memberitahu The Post bahawa sistem kamera bunyi bising tersebut akan mengesan mana-mana kenderaan yang didapati tidak mematuhi undang-undang bunyi yang ditetapkan, tanpa mengira sama ada ia sudah diubahsuai ataupun tidak.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here