11 pemandu , kelindan lori positif dadah, alasan tahan lama pemanduan jauh

66

Sebanyak sembilan pemandu dan dua kelindan lori ditahan selepas didapati positif dadah dalam Op Khas Kenderaan Perdagangan yang dijalankan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Plaza Tol Jitra, antara 1 Ogos hingga semalam.

Pengarah JPJ Kedah, Stien Van Lutam berkata kesemua yang ditahan merupakan warga tempatan berumur 20 hingga 50-an selepas ujian air kencing dijalan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) terhadap mereka dalam operasi tersebut.



“Masih ada pemandu menggunakan dadah terutama methamphetamine semasa pemanduan, hal ini membimbangkan kita, memandu dalam keadaan khayal boleh menyebabkan kemalangan.

“Kesannya juga boleh mendatangkan bahaya kepada kenderaan kecil yang lain. Alasan diberi mahu bertahan lama semasa pemanduan jauh, AADK menahan mereka dan JPJ menggantung lesen memandu mereka,” katanya.

Kesemua ditahan akan diambil tindakan lanjut di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983. 

Sepanjang operasi berkenaa, sebanyak 32,526 kenderaan diperiksa dan daripada jumlah itu 1,388 diambil tindakan atas pelbagai kesalahan.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here