Penganjur perlumbaan drag, motocross haram berisiko disenarai hitam

1805

Mana-mana kelab dan persatuan berdepan risiko disenarai hitam selain tidak layak menerima geran daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sekiranya gagal mengikut garis panduan ditetapkan bagi sukan drag dan motocross.

Menteri Belia dan Sukan (KBS), Hannah Yeoh memberikan amaran kepada setiap persatuan yang berhasrat menganjurkan sukan permotoran itu supaya mengikut garis panduan ditetapkan Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM).

Jelasnya, ia merupakan langkah terbaik bagi memastikan perkara-perkara tidak diingini dapat dielakkan dalam mana-mana penganjuran sukan permotoran yang berisiko tinggi itu.



“Dari segi penguatkuasaan, kita akan buat laporan polis jika ia (pelanggaran garis panduan) berlaku, manakala Pesuruhjaya Sukan (PJS) boleh senarai hitam mana-mana persatuan atau kelab yang degil untuk mendapatkan kelulusan selain tidak dapat peruntukan.

“Kita akan mencari jalan bagi memastikan hanya yang betul-betul bertanggungjawab dalam industri sukan ini boleh bergiat dalam sukan permotoran,” katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran garis panduan di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil hari ini.

Turut hadir pada majlis pelancaran itu adalah Presiden MAM, Tan Sri Mokhzani Mahathir dan Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS), Suhardi Alias.

Garis panduan yang dikemaskini itu meliputi aspek pengenalan, perundangan, penguatkuasaan, keselamatan dan pengendalian bagi penganjuran kedua-dua sukan permotoran itu yang diluluskan KBS.

Sementara itu, Mokhzani turut menjelaskan, mana-mana perlumbaan melibatkan drag atau motocross yang dianjurkan tanpa mendapat kelulusan daripada KBS akan diiktiraf sebagai perlumbaan haram.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here