Dua rentung dalam kemalangan tiga kenderaan

72
Dua rentung selepas terlibat dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Jalan Kapayan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), Sabah awal pagi Jumaat.
 
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah menerima panggilan kemalangan pada 2.30 pagi.
 
Komander Operasi, PBK II Asama Saruddin berkata kemalangan tersebut melibatkan 3 buah kenderaan iaitu Perodua Axia, Perodua Viva dan Toyota Hilux.
 
Perodua Axia mengalami kebakaran ketika pihak Bomba tiba di lokasi dan hangus 100 peratus berpunca daripada kemalangan yang berlaku.
 
“Terdapat dua mangsa yang tidak dapat dikenalpasti identitinya rentung di dalam kenderaan itu,” katanya.
 
Mangsa yang rentung berjaya dikeluarkan daripada kenderaan oleh pasukan bomba dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
 
“Manakala dua lagi mangsa lelaki yang mengalami kecederaan, masing-masing berusia 34 tahun (Perodua Viva) dan 22 tahun (Toyota Hilux) diserahkan kepada petugas perubatan untuk mendapatkan rawatan selanjutnya,” jelasnya.
 
Operasi melibatkan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu dan bantuan BBP Putatan itu tamat sepenuhnya pada jam 4:40 pagi.
 



APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here