Keuntungan bersih Petron Malaysia susut kepada RM13.25 juta

147

Keuntungan bersih Petron Malaysia Refining and Marketing Bhd (Petron Malaysia) susut kepada RM13.25 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2024 berbanding RM40.01 juta yang disaksikan semasa suku yang sama tahun lalu.

Petron Malaysia melalui satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata pendapatan meningkat kepada RM4.29 bilion daripada RM4.05 bilion.



“Jumlah jualan domestik pada suku kedua menokok lima peratus kepada 6.0 juta tong berbanding 5.7 juta yang dijual dalam tempoh yang sama tahun sebelum ini.

“Ini disokong oleh pertumbuhan berterusan dalam sektor runcit dan penerbangan,” katanya.

Petron Malaysia berkata jurang dalam penapisan serantau kekal terhad disebabkan pertumbuhan permintaan yang agak perlahan manakala premium mentah menjadi lebih mahal berikutan gangguan dalam bekalan minyak mentah tempatan.

“Strategi lindung nilai yang proaktif termasuk usaha perbelanjaan berhemat membolehkan syarikat mencatatkan keuntungan kasar berjumlah RM73 juta pada suku kedua walaupun ia lebih rendah daripada RM115 juta yang direkodkan tahun lalu,” katanya.

Untuk enam bulan terkumpul, keuntungan bersih menurun kepada RM82.95 juta berbanding RM148.74 sebelumnya, walaupun hasil meningkat kepada RM8.94 bilion daripada RM7.87 bilion.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here