EV Proton, e.MAS 7 debut awam pertama pada perbarisan Hari Kebangsaan esok

104

Malaysia bakal menyambut Hari Kebangsaan yang ke-67 esok yang mana pada hari perbarisan, rakyat berpeluang melihat aset-aset tentera, pihak berkuasa dan barisan kenderaan nasional.

Pada sambutan kali ini, Proton turut menampilkan kereta elektrik (EV) pertama, e.MAS 7 di samping 25 model keluaran syarikat bermula daripada Saga sehinggalah kepada produk terkini X70 Facelift yang dilancarkan dua minggu lalu. 



Penampilan publik pertama e.MAS 7 pada sambutan Hari Merdeka itu menampilkan kamouflaj bertemakan warna bendera Malaysia iaitu kuning, biru, merah dan putih di samping warna kelabu.

Kemudian pada bahagian sisi badan tertera lencana e.MAS 7 bersaiz besar dengan tulisan berwarna hitam.

Proton yang kini berumur 41 tahun, merupakan sebahagian penting dalam sejarah Malaysia dan perjalanan perindustrian ekonomi negara. 

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr. Li Chunrong berkata e.MAS 7 bukan sahaja EV pertama, tetapi merupakan model Proton sulung yang dibangunkan secara serentak bersama Geely.

“Ini membolehkan masa pengeluaran yang lebih singkat untuk versi pemanduan sebelah kanan (RHD) dan juga menghasilkan kecekapan yang lebih tinggi serta perkongsian kos
pembangunan. 

“Oleh kerana model ini bukan kenderaan pengeluaran akhir, ia akan dipamerkan dengan
menggunakan motif penyamaran, tetapi dalam semangat Hari Kebangsaan, kami telah memilih warna-warna yang mewakili bendera Malaysia,” katanya. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here