Kereta api laju Indonesia rekod 200,000 penumpang warga asing, pelancong Malaysia paling ramai

185

Pengurus Besar Setiausaha Korporat, PT Kereta Cepat Indonesia China (KCIC), Eva Chairunisa mengatakan lebih daripada 200,000 warga negara asing menggunakan Whoosh.

Kereta api Whoosh telah digunakan pelancong asing dari 154 negara sejak mula beroperasi sekitar 10 bulan.



Berdasarkan rekod pengurusan, penumpang terbanyak adalah dari Malaysia iaitu sekitar 85,000 diikuti China (45,000); Singapura (30,000); Jepun (12,000) dan Australia seramai 11,000 penumpang.

Berdasarkan benua, Asia menjadi yang tertinggi iaitu sekitar 148,000 penumpang. Kemudian Eropah kira-kira 24,000 penumpang diikuti Amerika Utara sekitar 16,000, Oseania (11,000), Afrika (1,000) dan Amerika Selatan (900). 

Penumpang tertinggi adalah dari wilayah Asia Tenggara dan Australia yang menunjukkan kehadiran Whoosh sebagai kereta cepat pertama di Asia Tenggara menjadi tarikan pelancongan tersendiri bagi masyarakat antarabangsa sekitar Indonesia.

“Pencapaian ini merupakan kebanggaan dan membuktikan bahwa Whoosh telah menjadi salah satu simbol pengangkutan moden yang diakui masyarakat antarabangsa,” kata Eva.

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here