Tan Chong Motor Holdings Bhd (Tan Chong) terus merekodkan kerugian untuk suku ketujuh berturut-turut apabila jualan merosot di tengah-tengah persaingan sengit dalam industri automotif lokal dan luar negara.
Kumpulan itu mencatatkan kerugian bersih lebih tinggi kepada RM40.11 juta untuk suku kedua berakhir 30 Jun 2024 daripada RM18.13 juta pada suku sama tahun lalu.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Tan Chong berkata pendapatan untuk suku tersebut juga merosot sebanyak 12 peratus tahun ke tahun kepada RM545.1 juta daripada RM619.2 juta.
Tan Chong yang terlibat dalam perniagaan pemasangan tempatan (CKD) kereta Nissan di Malaysia dan pengedar Renault terutamanya, menjangkakan pelancaran baharu dalam tempoh 24 bulan akan datang dapat membantunya pulih kembali.