Volkswagen beri amaran kemungkinan tutup kilang di Jerman

827

Volkswagen (VW) dalam satu kenyataan memberikan amaran tentang kemungkinan penutupan kilang-kilang pengeluarannya di Jerman buat pertama kali dalam sejarah 87 tahunnya.

Bukan itu sahaja, VW turut dilapor akan menamatkan perjanjian perlindungan pekerjaan yang dilaksanakan sejak 1994, yang mana langkah ini akan memberikan kesan besar kepada sebahagian besar pekerja di negara itu.



Menurut laporan CNBC, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan VW, Oliver Blume menjelaskan industri automotif Eropah kini berada dalam situasi yang sangat mencabar dan serius.

“Pesaing baharu memasuki pasaran Eropah, dan Jerman yang menjadi sebuah lokasi pengeluaran semakin ketinggalan dari segi daya saing.

Thomas Schäfer selaku bos VW mendedahkan keadaan amat tegang dan tidak boleh diselesaikan menerusi langkah penjimatan kos yang mudah.

Ini memberikan petanda beberapa jenama di bawah naungan VW akan berdepan dengan kemungkinan penstrukturan semula yang menyeluruh serta penutupan kilang pengeluaran.

Berita ini timbul kira-kira sebulan selepas VW mengumumkan penurunan keuntungan operasi sebanyak 11 peratus untuk tempoh separuh pertama tahun 2024, biarpun syarikat berjaya mencatatkan peningkatan kecil dalam hasil jualan.

Bahagian automotif syarikat itu turut mencatatkan aliran tunai bersih negatif dan penurunan jualan sebanyak 2 peratus.

Selain daripada permintaan terhadap kenderaan elektrik yang semakin menurun di Eropah, VW juga terpaksa berdepan dengan saingan daripada beberapa jenama dari Tanah Besar China yang semakin agresif menawarkan model EV lebih mampu milik.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here