“Walau jualan kukuh 20,000 sebulan, dua model EV dihentikan kerana rugi,” CEO Ora

149

Jualan 20,000 unit model kereta sebulan bagi kebanyakan pengeluar adalah satu kejayaan. Tetapi tidak bagi Ora, jenama kereta elektrik (EV) di bawah Great Wall Motor (GWM).

Menurut Ora, jualan sedemikian merupakan kerugian. Justeru itu, jenama EV tersebut menghentikan jualan Black Cat dan White Cat beberapa tahun lalu.

Ora Black Cat

Ketua Pegawai Eksekutif Ora, Dong Yung berkata walaupun jualan bulanan kedua-dua model 20,000 unit tetapi jenama itu mengalami kerugian CNY10,000 (RM6141) bagi setiap jualan. 



“Setiap bulan kami rugi lebih daripada CNY 200 juta (RM123 juta) yang mana ia tidak begitu bagus dan stabil buat syarikat,” jelasnya.

Kos tiga sistem elektrik di China yang terdiri daripada bateri, motor dan unit kawalan elektrik menyumbang kepada sebahagian besar kos kenderaan.

Bagi Black Cat dan White Cat, ia boleh mencapai 90 peratus daripada kos, manakala bateri sahaja boleh menyumbang 40 hingga 60 peratus.

Daripada angka jualan sedemikian, nampaknya kedua-dua model itu berjaya, tetapi kegagalan model itu menunjukkan persaingan pasaran yang sengit.

PENGURANGAN SUBSIFI SUKAR BUAT UNTUNG

Ia juga menunjukkan dengan pengurangan subsidi, sangat sukar bagi syarikat membuat keuntungan terutamanya dalam segmen EV kompak.

Bahkan ia juga justifikasi lanjut berkaitan dakwaan Eropah dan Amerika bahawa China tidak menjual model EV dalam kos sebenar.

Ia juga bukanlah pengakuan pertama daripada pihak dalaman China, sebelum ini media melaporkan Presiden Persatuan Syarikat Tersenarai China, Song Zhiping menyatakan bahawa satu-satunya syarikat kenderaan tenaga baharu (NEV) yang mendapat keuntungan ialah BYD dan Li Auto.

Ora Black Cat, pada asalnya dikenali sebagai Ora R1, dihasilkan antara 2019 dan 2022. Ia bersaiz kecil, berukuran panjang 3,495mm, lebar (1,660) dan tinggi (1,560 mm) dan jarak roda hanya 2,375 mm.

Manakala White Cat lebih besar sedikit dengan dimensi 3,621mm x 1,660mm x dan 1,520mm serta jarak roda 2,490 mm. Kereta itu dihasilkan dari 2020, dan difahamkan jualan dihentikan sehingga 2022.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here