GWM Malaysia buka tempahan Haval H6 HEV, anggaran harga RM145k

217

GWM Malaysia membuka tempatan model H6 HEV yang didatangkan menerusi satu pilihan varian iaitu Ultra pada anggaran harga RM145,000.

SUV segmen-C itu menjadi model pertama pemasangan tempatan (CKD) GWM Malaysia, yang mana menggunakan janakuasa hibrid merangkumi enjin 1.5 liter turbo dengan output 148hp dan tork 230Nm dan motor elektrik (174hp/300Nm).



Pesaing kepada Proton X70 dan Honda CR-V itu turut dilengkapi sistem keselamatan termaju (ADAS) tahap 2 yang meningkatkan keyakinan dan pengalaman pemanduan.

Pelanggan yang menempah Haval H6 HEV sebelum pelancaran bakal menikmati :

  • Nilai eksklusif RM3,000 dengan yuran tempahan RM1,000
  • Keistimewaan nikmati waranti enjin selama 10 tahun atau 1,000,000km (mana tiba dahulu)
  • Layak menerima waranti sistem HEV selama 8 tahun atau 1,000,000km (mana tiba dahulu) termasuk ‘Dedicated Hybrid Transmission’ (DHT), bateri voltan tinggi dan kabel serta unit kawalan transmisi.

**Tawaran waranti 1 juta perbatuan hanya terhad kepada pemilik pertama (pendaftaran persendirian)

Pengarah Urusan GWM Malaysia, Cui Anqi berkata Haval dikenali sebagai SUV terlaris di China selama 12 tahun berturut-turut dengan rekod jualan global sebanyak 4 juta unit.

“GWM sentiasa komited memperkenalkan pelbagai kenderaan inovatif dan diiktiraf mengikut keperluan dan permintaan tempatan,” katanya. 

Untuk melihat lebih dekat SUV berkenaan, kunjungi bilik pameran GWM seluruh Malaysia atau siri jelajah di lima lokasi :

  • 2-8 September : Aeon Seremban 2, Seremban
  • 18-22 September : Toppen Shopping Centre, Johor
  • 18-22 September : Gurney Plaza, Penang
  • 20-22 September : Vivacity Megamall, Sarawak
  • 24-29 September : Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here