900 Isuzu D-Max konvoi sambut Merdeka

52

Pemilik Isuzu D-Max mempamerkan semangat patriotik mereka apabila menyertai Konvoi Merdeka Isuzu 2024 sebagai sebahagian daripada usaha syarikat untuk meraikan sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke-67 tahun ini.

Seramai kira-kira 3,300 peserta membabitkan kira-kira 900 unit Isuzu D-Max berkumpul di 36 cawangan Isuzu di seluruh negara, dari Alor Setar hingga ke Keningau, sebelum berkonvoi ke destinasi pilihan di kawasan masing-masing.



Pelbagai pengisian aktiviti turut diatur untuk peserta bersantai meraikan Hari Merdeka tahun ini, termasuklah antaranya santapan durian, merakit jeram, glamping, mencari harta karun, berkelah dan banyak lagi.

Konvoi Merdeka Isuzu 2024 meneruskan kejayaan Konvoi Merdeka 66 yang berlangsung tahun lalu yang menyaksikan penyertaan sekitar 600 D-Max. Sebagai satu perhimpunan serentak yang terbesar melibatkan perarakan Isuzu D-Max di negara ini, konvoi berkenaan berhasrat untuk menghimpunkan pemiliknya disamping memperingati tarikh bersejarah berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Shunsuke Okazoe berkata, susulan daripada kejayaan Konvoi Merdeka 66, pemilik D-Max menyuarakan kepuasan serta keinginan mereka untuk terbabit lagi dalam acara serupa bagi memupuk pertalian lebih erat dalam kalangan mereka untuk tahun ini.

Pada masa sama, beliau juga sempat melepaskan peserta konvoi di cawangan Isuzu Indah Utara di Alor Setar, Kedah dengan kehadiran 80 Isuzu D-Max dalam perjalanan menuju Tasoh Lake Resort di Perlis.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here