PROTON memperkukuhkan komitmen jualan di Sabah dan Sarawak

29

PROTON mengadakan pelancaran berasingan untuk model Proton X70 2025 untuk pelanggan di Sabah dan Sarawak, baru-baru ini.

Pelancaran itu bertujuan menarik minat pelanggan di Sabah dan Sarawak dengan gabungan menarik ciri-ciri terkini dan prestasi yang ada pada model SUV itu.



Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Li Chunrong (kiri gambar di atas) berkata, pelancaran Proton X70 di Sabah dan Sarawak, menandakan dua negeri itu sangat penting bagi syarikatnya.

“Majlis ini lebih daripada sekadar memperkenalkan kenderaan baru, ia adalah tentang memperkukuhkan komitmen kami kepada Sabah dan Sarawak.

“Keperluan unik pembeli di sini dan hubungan mereka yang kuat dengan jenama ini sentiasa mendorong kami untuk menyampaikan produk dan perkhidmatan terbaik. 

“Dengan ciri-ciri yang dikemas kini dan gaya yang dipertingkatkan, kami berharap PROTON X70 2025 akan membawa PROTON ke kedudukan teratas dalam pasaran SUV premium di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Bagi pasaran Sabah dan Sarawak, Proton X70 2025 itu dijual bermula mengikut varian:

  • Proton X70 2025 1.5 TGDi Standard:  RM100,800
  • Proton X70 2025 1.5 TGDi Executive: RM112,800
  • Proton X70 2025 1.5 TGDi Premium: RM125,800
  • Proton X70 2025 1.5 TGDi Premium X: RM128,800 

Pada masa sama, jualan Proton di Sabah meningkat sehingga 214 peratus, manakala 98 peratus untuk Sarawak dalam tempoh 2018 sehingga Julai 2024.

Ia meningkat sehingga 151 peratus bagi jumlah jualan bagi kedua-dua negari itu dengan mencatatkan 10,159 unit.

Untuk meraikan pelancaran itu, PROTON menawarkan nilai tambahan sehingga RM23,500 tanpa kos tambahan untuk 3,000 pelanggan pertama yang mendaftar PROTON X70 2025. 

Baca juga artikel ini

>> Proton X70 facelift rasmi lancar, empat pilihan varian pada harga mula RM98k

Model baharu itu juga datang dengan jaminan lima tahun tanpa had jarak perjalanan, pakej data lima tahun dengan 1GB sebulan, dan enam perkhidmatan buruh percuma. 

Untuk menangani kebimbangan sebelum ini tentang ketersediaan alat ganti di Sabah dan Sarawak, PROTON membuat pelaburan besar dalam rangkaian alat gantinya dengan membuka dua Pusat Alat Ganti Wilayah (RPC) baharu di Sabah dan Sarawak. Satu di Kuching pada Februari 2023, dan satu lagi di Kota Kinabalu yang dilancarkan baru-baru ini.

RPC itu secara signifikan meningkatkan keupayaan pengurusan alat ganti syarikat, memastikan bahawa pelanggan di Sabah dan Sarawak menerima perkhidmatan yang cepat dan boleh dipercayai. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here