BYD beli pengedar Jerman bagi kawal secara langsung pasaran

209

Hedin Mobility Group di Stuttgart, Jerman mengumumkan mencapai persetujuan menjual rangkaian pengedaran jenama kepada BYD.

Ini bermakna cawangan BYD Jerman yang dikenali sebagai BYD Automotive GmbH kini memiliki hak penuh atas pengedaran dan alat ganti BYD di pasaran Jerman.



Pemindahan itu adalah perjanjian Hedin menjual subsidiari miliknya Hedin Electric Mobility GmbH, wakil jualan kenderaan (Dealer+) dan alat ganti BYD di Jerman.

Di samping itu, perjanjian berkenaan turut melibatkan pemindahan dua pusat jualan perintis di Stuttgart dan Frankfurt yang dikendalikan oleh bahagian runcit Jerman Hedin Mobility Group kepada pengurusan BYD.

Bagaimanapun, perjanjian itu bukanlah pemindahan sepenuhnya.  Syarikat itu akan kekal sebagai peruncit sah BYD di tiga lokasi iaitu Mannheim, Kaiserslautern dan Saarbrücken.

Hedin Mobility Group akan terus bertindak sebagai Dealer+ dan peruncit di Sweden.

“Sepanjang dua tahun lalu, kami bekerjasama dengan BYD untuk membangunkan pasaran Jerman. Kami berharap dapat meneruskan perjalanan ini di Jerman bersama-sama dengan BYD sebagai peniaga,” kata Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Hedin Mobility Group, Anders Hedin.

PERKASA KEDUDUKAN BYD DI JERMAN

Perjanjian itu memperkasakan kedudukan BYD dalam pasaran Jerman. Kini bertindak sebagai pengedar, BYD boleh memeterai lebih banyak perjanjian dengan rangkaian peniaga di seluruh Jerman, mengembangkan jejak syarikat di seluruh negara.

Begitu juga dengan mengawal bahagian alat ganti, BYD akan dapat memastikan pengalaman pelanggan berada di bawah kawalan syarikat sepenuhnya berkaitan perkhidmatan dan penyelenggaraan kereta yang dijual.

“BYD komited untuk memupuk perkongsian jangka panjang yang kukuh. Perkongsian sedia ada dengan peruncit Jerman akan diteruskan,” kata Naib Presiden Eksekutif BYD Company Ltd, Stella Li.

Urus niaga itu tertakluk kepada kelulusan kawal selia dan berkemungkinan akan dimuktamadkan pada suku keempat 2024.

BYD menjual 4,139 unit kenderaan di Jerman tahun lalu. Manakala pada tahun ini, syarikat menjual 1,432 kenderaan sehingga Julai.

Tentunya di sebalik perjanjian itu adalah bagi pertumbuhan jualan pada kadar lebih pantas. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here