Harga RON 97 dan diesel turun lagi 2 sen

98

Harga runcit petrol RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia masing-masing turun sebanyak 2 sen setiap liter.

Ia menjadikan harga baharu RON97 ialah RM3.40 manakala RM3.16 bagi diesel.



Kementerian Kewangan (MoF) menerusi kenyataan pada Rabu memaklumkan harga baharu itu berkuatkuasa bagi tempoh Khamis hingga 11 September depan.

Menurutnya, harga RON95 kekal pada RM2.05 seliter manakala harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.

“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit produk petroleum dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here