Tidak ikut langkah Cathay Pacific, pesawat MAS A350 beroperasi seperti biasa

234

Pesawat Aribus A350 Malaysia Airlines akan beroperasi seperti biasa walaupun syarikat penerbangan Cathay Pacific menggantung keseluruhan operasi 48 pesawat Airbus A350 miliknya.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata syarikat penerbangan nasional Malaysia itu tidak akan mengikuti langkah yang diambil oleh Cathay Pacific.



“Buat masa ini, tidak. Saya berhubung dengan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Penerbangan Malaysia pagi ini (3 September). Syarikat itu menghubungi Airbus dan telah menyemak (isu ini) dengan Airbus. 

“Varian enjin yang digunakan di sini berbeza daripada yang digunakan A350 Cathay Pacific.

“Jika ada keperluan, tindakan lanjut boleh diambil. Tetapi setakat ini, ia boleh beroperasi seperti biasa,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan syarikat penerbangan Hong Kong juga telah membatalkan 24 penerbangan pergi balik selepas mengesan masalah enjin pada satu daripada pesawat berkenaan.

Dalam satu kenyataan, Cathay Pacific berkata berlaku kegagalan komponen enjin melibatkan penerbangan CX383 dari Hong Kong ke Zurich pada Isnin (2 September).

Pesawat itu kembali ke Hong Kong beberapa minit selepas berlepas. 

Sementara itu, Pengarah Kejuruteraan Catahy Pacific, Keith Brown dalam satu kenyataan berkata sebagai langkah berjaga-jaga pihaknya secara proaktif memulakan pemeriksaan menyeluruh ke atas 48 pesawat A350 mereka.

“Setiap pesawat sedang menjalani pemeriksaan rapi. Selepas siap, pesawat yang dibenarkan beroperasi akan kembali digunakan manakala pesawat yang dikenalpasti mempunyai masalah teknikal akan menjalani pembaikan dan penyelenggaraan selanjutnya,” katanya. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here