XPeng dedah modular kereta terbang, penerbangan pertama November depan

74

Xpeng AeroHT secara rasmi mendedahkan modular kereta terbang yang terdiri daripada pengangkutan darat dan udara.

Penerbangan awam pertama kereta terbang itu dijadualkan pada November ini. Manakala bagi pelancaran, kereta terbang modular Xpeng akan memulakan pra-jualan akhir tahun ini dengan tanda harga di bawah CNY 2 juta.



Xpeng AeroHT diasaskan pada 2013 dengan sokongan kewangan daripada Ketua Pegawai Eksekutif Xpeng, He Xiaopeng.

Sasaran penubuhan syarikat itu adalah membangunkan kereta terbang sebenar walaupun produknya tidak memiliki reka bentuk sebuah kereta lazimnya. 

Pada tahun 2021, Xpeng AeroHT mengumumkan kenderaan terbang 6-gen. Mereka merancang untuk menjadikannya sebuah kereta yang sah di jalan raya dengan rotor yang boleh digunakan di atas bumbung.

Model konsep XPeng

Bagaimanapun, agak sukar untuk mengunci rotor dengan rapi bagi mengelakkan kerosakan akibat getaran apabila kereta itu dipandu di jalan raya. Jadi, Xpeng AehoHT memulakan projek kereta terbangnya dengan Land Aircraft Carrier.

Ia pertama kali diumumkan pada Oktober 2023. Kini, kereta modular tersebut telah membuat debutnya secara langsung di China.

Seperti yang dinyatakan, Pesawat Pengangkut Darat Xpeng terdiri daripada dua elemen utama. Pertama ialah pesawat pengangkut yang merupakan kenderaan tiga gandar dengan panjang 5.5 meter, lebar (2 meter) dan ketinggian (2 meter).

Ia mengekalkan penggayaan minimalis dengan bentuk badan berbumbung dan tiang-A yang bergabung ke dalam garisan bumbung. Kereta terbang itu didatangkan dengan pintu jenis ‘flush’ dan kemasan plastik di bahagian bawah badan.

Bagaimanapun, ia tidak mempunyai cermin sisi. Jadi, varian ini masih jauh daripada kenderaan pengeluaran.

Menurut Xpeng AeroHT, kereta terbang itu adalah EREV berdasarkan platform voltan tinggi 800V. Ia mempunyai enjin pembakaran dalaman di bawah hud, yang tidak memindahkan sebarang tork ke roda.

Sebaliknya, ia membekalkan kuasa kepada motor elektrik dan pek bateri dengan jarak perjalanan 1,000km (CLTC). Manakala masa pengecasan dari 30 hingga 80 peratus dalam masa 18 minit.

Bercakap mengenai kenderaan terbang itu, ia kelihatan seperti dron yang cukup besar. Ia secara automatik boleh mendarat dan rotor boleh lipat. Dengan cas penuh, pesawat itu boleh melakukan lima dan enam penerbangan dengan dua mod pemanduan iaitu manual dan automatik.

Kereta terbang itu akan melakukan penerbangan awam pertamanya di Pameran Udara Zhuhai pada November tahun ini.

Pengeluaran besar-besaran dan penghantaran kereta modular ini akan bermula pada 2026 kerana Xpeng AeroHT tidak mempunyai kilang pemasangan. Pembinaannya dijadualkan pada September 2024.

Pengeluaran percubaan akan bermula pada Julai 2025 dengan pelan kapasiti tahunan melebihi 10,000 unit.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here