Keuntungan bersih Petronas susut pada RM32.4 bilion

113

Petroliam Nasional Bhd (Petronas) merekodkan keuntungan bersih lebih rendah pada RM32.4 bilion bagi separuh pertama 2024 berbanding RM40.2 bilion bagi tempoh sama tahun lalu.

Naib Presiden Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Petronas, Liza Mustapha berkata keuntungan bersih lebih rendah itu sususlan langkah dekonsolidasi anak syarikat serta cukai lebih tinggi dalam tempoh berkenaan.



Perolehan hasil syarikat minyak dan gas negara itu bagaimanapun meningkat kepada RM171.7 bilion bagi separuh pertama berakhir 30 Jun 2024, berbanding RM169.0 bilion dalam tempoh sama sebelum ini.

Tambah Liza, peningkatan itu disumbangkan oleh keuntungan daripada pertukaran asing.

“Sebahagiannya diimbangi oleh realisasi purata harga lebih rendah, terutama bagi gas asli cecair (LNG), sejajar dengan penurunan harga penanda aras,” katanya.

Selain itu, aliran tunai aktiviti operasi Petronas pula berjumlah RM54.8 bilion, susut RM3 bilion atau lima peratus yang seiringan dengan penurunan keuntungan dalam tempoh berkenaan.

Perbelanjaan modal (capex) syarikat minyak dan gas negara itu berjumlah RM25.7 bilion, terutamanya daripada aktiviti pembangunan dan penerokaan dalam perniagaan huluan dengan Capex domestik meningkat 18 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

Jumlah aset kumpulan pula meningkat kepada RM798.6 bilion pada 30 Jun, 2024 berbanding RM773.3 bilion pada 31 Dis, 2023 yang disumbangkan terutamanya oleh peningkatan perbelanjaan modal dalam tempoh kewangan di bawah kajian.

Ekuiti pemegang saham meningkat kepada RM443.9 bilion didorong terutamanya oleh keuntungan dalam tempoh kewangan dengan sebahagiannya diimbangi oleh dividen berjumlah RM32 bilion yang diumumkan kepada pemegang saham.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here