Petronas laksana operasi secara sah di Sarawak

108

Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menegaskan sekali lagi bahawa ia beroperasi secara sah di perairan Sarawak.

Presiden Petronas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz mengulangi kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai hak Petronas untuk menjalankan penerokaan dalam perairan berdaulat Malaysia.



Beliau menegaskan sepanjang suku tersebut, firma minyak negara itu telah mematuhi arahan kerajaan dan pengawasan Majlis Keselamatan Negara.

“Kami telah menjalankan tugas dengan selamat dan mengikut takrifan wilayah seperti yang digariskan dalam peta 1979,” katanya.

Baru-baru ini, China menuntut Malaysia menghentikan serta-merta semua aktiviti di kawasan yang kaya dengan minyak di kawasan luar Sarawak.

Tuntutan itu dilakukan dalam satu nota bantahan yang dihantar ke kedutaan Malaysia di China minggu lalu tetapi dibocorkan kepada media.

Perdana Menteri menjelaskan aktiviti penerokaan negara berada dalam wilayah Malaysia dan tidak bertujuan untuk mencetuskan provokasi atau memusuhi China yang mana Malaysia masih mengekalkan hubungan persahabatan.

Beliau berkata Malaysia akan meneruskan penerokaan minyak dan gasnya di Laut China Selatan walaupun terdapat tuntutan dari China. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here