BYD tersenarai top 3 jenama terlaris dunia bulan Julai

161

Menurut data dari Yiche, BYD merupakan jenama ketiga terlaris di dunia bagi jualan bulan Julai.

Data menunjukkan BYD menjual hampir separuh kenderaan daripada jumlah jualan Toyota yang berada di tempat pertama dan perbezaan sekitar 30,000 di belakang Volkswagen yang menduduki tempat kedua.



BYD menjual 315,600 kereta pada Julai berbanding Toyota sebanyak 651,200 unit dan Volkswagen (346,200 unit).

Walaupun merekodkan jualan yang tinggi pada Julai namun data jualan keseluruhan Januari hingga Julai menunjukkan BYD berada di tempat ke lapan.

Selain itu, tiada jenama kenderaan China yang berjaya berada dalam kedudukan 10 teratas. Chery berada pada kedudukan ke-18 dengan jualan 71,100 unit di belakang Subaru. Manakala Geely berada tempat ke-20 dengan jualan kenderaan 63,800 pada Julai.

Bagaimanapun, gambaran jualan tahunan setakat ini berbeza dengan agak ketara. Walaupun menunjukkan prestasi kukuh pada bulan Julai, BYD hanya meraih tempat kelapan berdasarkan jualan Januari hingga Julai tahun ini iaitu sebanyak 1,714,100.

Jualan untuk Geely jauh lebih rendah iaitu 577,700 unit.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here