BYD SEAL Dynamic: Varian baharu yang paling murah, harga bermula RM163,800

106

Bagi memberi pilihan, Sime Darby Motors memperkenalkan varian baharu untuk BYD SEAL dengan harga yang lebih kompetitif.

Varian baharu, BYD SEAL Dynamic itu adalah varian permulaan dalam keluarga segmen sedan EV itu.Kini model berkenaan memiliki tiga varian iaitu Dynamic, Premium dan Performance.



Bagi varian baharu itu, ada sedikit perbezaan dengan yang lain. Bentuk luarannya masih lagi sama, cuma perbezaan hanya pada rim yang lebih kecil iaitu 18 inci berbanding 19 inci untuk yang lain.

Ruang dalam juga sama, cuma tidak mempunyai Head-Up Display, tetapi masih dilengkapi kerusi balutan kulit.

Sistem infotaimen sesentuh 15.6 inci turut dilengkapi sebagai standard, selain didatangkan 12 pembesar suara Dynaudio.

Dari segi prestasi, varian Dynamic ini menggunakan bateri berkapasiti 61.44kwh yang mana sekali cas penuh boleh dipandu sehingga 510km berdasarkan piawaian NEDC.

Dari segi pecutan 0-100km/j, varian Dynamic itu sedikit perlahan berbanding yang lain dengan mencatatkan 7.5 saat.

Kenderaan itu menyalurkan 150kw dengan tork setinggi 310Nm yang disalurkan ke pacuan belakang.

Untuk pengecasnya pula, kapasiti pengecas DC hanya 110kwh berbanding varian lain mampu mencecah 150kw.

  Dynamic  Premium Performance
Bateri 61.44kWh 82.56kWh 82.56kWh
Kuasa Maksimum 150kW 230kW 390kW
Tork Maksimum 310Nm 360Nm 670Nm
Jarak Pemanduan (NEDC) 510km 650km 580km
0-100km/j 7.5 saat 5.9 saat 3.8 saat
Pengecas DC 110kW 150kW 150kW
Sistem Pacuan Pacuan Belakang Pacuan Belakang Pacuan Semua Roda
Berat 1,922kg 2,055kg 2,185kg
Harga RM163,800 RM179,800 RM199,800

Pada masa sama, jentera itu juga mempunyai ciri (V2L) yang mana boleh menggunakannya sebagai sumber elektrik kepada perkakasan lain.

BYD SEAL turut memiliki ruang but yang luas dengan berkapasiti 400 liter, manakala 50 liter bahagian bonet hadapan.

Buat 100 tempahan terawal varian Dynamic, pemiliknya akan menerima pengecas Wall Box Home secara percuma.

Seperti varian-varian lain, BYD SEAL Dynamic ditawarkan waranti enam tahun atau 150,000km. Bagi waranti bateri volt tinggi pula, lapan tahun atau 160,000km.

BYD SEAL hanya ditawarkan dengan dua pilihan warna membabitkan hitam dan putih, manakala harganya dijual bermula RM163,800.

Galeri Gambar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here