Madrid ikut jejak Paris haramkan penggunaan e-skuter mulai Oktober ini

133

Ibu negara Sepanyol, akan mengharamkan penggunaan e-skuter mulai Oktober ini berikutan pemanduan secara melulu dan parkir merata-rata.

Datuk Bandar Jose Luis Martinez-Almeida berkata, Madrid akan mengharamkan e-skuter yang disewa melalui aplikasi mudah alih selepas tiga pengendali berlesen di bandar itu gagal melaksanakan had ke atas pergerakan pelanggan atau mengawal tempat letak kenderaan mereka.

Katanya, lesen Lime, Dott dan Tier Mobility akan dibatalkan mulai Oktober dan bandar itu tidak bercadang untuk memberikan lesen baharu kepada mana-mana pengendali lain.



“Pasaran didapati tidak mampu memenuhi keperluan yang ditetapkan pejabat Datuk Bandar bagi memastikan tahap keselamatan tertinggi untuk rakyat,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Sistem perkongsian skuter menimbulkan tentangan di bandar di seluruh dunia berikutan pemanduan melulu pengguna di jalan raya dan kaki lima serta meletakkan kenderaan merata-rata sehingga sering menyebabkan ruang awam bersepah.

Sejak Mei 2023, majlis bandar raya Madrid mengawal selia pasaran e-skuter sewa, hanya membenarkan Dott yang berpangkalan di Amsterdam, Tier Mobility Jerman dan Lime yang berpangkalan di Amerika Syarikat, yang skuternya boleh didapati di Uber’s.

Mereka diberi kuasa untuk menyewa 2,000 skuter setiap satu.

Ketiga-tiga pengendali itu sepatutnya memberi pejabat Datuk Bandar akses kepada datanya dan diarah melaksanakan teknologi yang hanya membenarkan pelanggan mereka meletakkan skuter hanya di kawasan dibenarkan saja.

Peraturan lain perlu dipatuhi termasuk menghalang pengguna daripada menggunakan pejalan kaki atau berhampiran taman bersejarah saja.

Bagaimanapun, mereka gagal memenuhi syarat itu dan diberi tempoh 20 hari untuk membuat rayuan.

Dott, Lime dan Tier masih belum mengeluarkan kenyataan.

Madrid mengikut jejak Paris, yang mengharamkan penyewaan e-skuter berikutan perundingan awam, tahun lalu.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here